Wednesday, 30 April 2014

KIM CHI

dulu kalau dengar kim chi ter rasa kembang tekak...sebabnya tak tahu benda tu halal ke tidak.. tapi bila tengok proses membuat kimchi di youtube barulah merasa  yakin tentang status halalnya.  Cara membuatnya senang jer.. sedap pulak tu.. Actually, bahan2 yang nak dimasukkan terpulang pada kita sendiri.. Jom tengok macam mana membuatnya..







Kobis Napa ni selalu saya panggil kobis cina..dipotong dibersih dan ditoskan. Digaul dengan garam dan dibiarkan selama 2-3 jam.  Sesekali digaul agar garam sekata.  Selepas beberapa jam..cuci dan bilas kobis ini dan ditos serta diperah airnya.





Daun Kucai atau boleh juga guna daun bawang..tapi mamaya ada stok kuchai jadi tak bolehlah membazir.. Kuchai dipotong anggaran seinci atau seinci setengah.  Lobak Putih dan Lobak Merah disagat. Sebenarnya nak letak apa pun boleh..selalu mamaya tengok kat youtube korean letak buah macam epal hijau dan buah pear yang dikupas dan dipotong dadu.





Inilah bahan2nya...Nampak tak pes tepung beras tu? Pes di buat dari tepung beras yang dibancuh dengan air dan dijerang atas dapur..masukkan juga sedikit gula..kacau2 hingga pekat.

Bawang putih dan halia diblend dengan sos ikan.

Cili pes atau juga serbuk cili.







bahan2 disatukan didalam mangkuk dan digaul rata.. 






dah siap gaul...




Masukkan ke dalam botol padat2..supaya tiada ruang udara. dan ditutup ketat.  Lepas siap boleh dibiarkan semalaman pada suhu bilik dan lepas tu simpan dalam peti sejuk...ataupun boleh jua terus masuk peti sejuk.  Biarkan sekurang2nya 3 hari..tapi lagi lama lagi best sebenarnya.. sedap dimakan bersama bubur atau boleh jua dimasukkan dalam masakan.  Kadang-kadang mamaya makan dengan nasi panas begitu je..buat macam acarlah tu.. Anak2 pula suka meratah je...

 

SELAMAT MENCUBA!!

 



1 comment: