AMBIL TAHU.. AMBIL KISAH..
Semalam ada seorang akak call mengadu anak buah umur baru 13 tahun telah terlibat dengan masalah sosial.. ponteng sekolah, merokok, mencuri dan katanya kemungkinan besar mengambil dadah..kerana selalu dilihat anak sudaranya ini bersama anak jiran yang memang diketahui seorang penagih dadah. Anak ini tinggal dengan datuk yang sudah tua, ibu dan bapa telah bercerai dan masing-masing lepas tangan dan tidak ambil tahu. Ada pula bapa-bapa saudara yang tahu hanya memukul sebagai 'upah' atas kenakalan beliau. Ibu saudara ini pula rasa terlalu kecewa dan tidak mampu nak hadapi masalah ini sendirian.. kesiannn... baru 13 tahun je punn....tiba-tiba mamaya terkenang anak-anak di rumah. dalam sekak sebak..rasa airmata mula bergenang... jiwa halus betul mamaya ni..
Apa-apa pun mamaya kena kawal emosi.. Pesanan kepada ibu saudara berkenaan..bawalah ke sini, biar mamaya bercakap-cakap dengan dia. Cuba dekati dia.. kita tak boleh biarkan dia terus dimarahi tanpa menyelami apa yang ada dalam diri dia. Dia masih kanak-kanak yang perlu dibelai, diberi perhatian, dipantau..bukan dibiar tanpa dipeduli nanti dia semakin jauh dari kita. Memang dia bukan anak kita tapi tak salah andai kita mengambil tahu dan mengambil kisah dan anggap masalah ini adalah masalah kita bersama. Masa depan mereka adalah tanggungjawab kita... Kita-kita..termasuklah agensi kerajaan, NGO's, JKKK, PIBG, doktor, lawyer, ahli musik, pemandu teksi, tukang sapu dan sebagainya lagi..
Sebagai
orang dewasa, kita tidak wajar menganggap anak-anak seusia ini boleh
berfikir seperti orang dewasa dalam erti kata meletakkan tanggungjawab
moral dan akhlak terhadap
perbuatan dan reaksinya kerana mereka masih belum mampu membezakan
dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka perlu diberi perhatian
dan bimbingan yang sewajarnya. Marah atau memukul bukanlah jalan penyelesaian
kepada masalah sebegini.
Selalu juga kita dengar, anak orang itu..anak orang ini.. begitu..begini... anak kita je yang baik.. ermmm... kita memang boleh cakap apa saja..kadang-kadang rasa bosan mendengar kata-kata orang yang macam bagus ni.. kena atas batang hidung sendiri baru tahu bagaimana rasa kannn.. sedih dengan sikap orang-orang yang begini.
Sudi-sudikanlah diri mengambil tahu mengambil kisah.. moga Allah s.w.t memberkati hidup kita semua... Wassalam...
Betul...anak remaja yg punya hati serapuh sekut tawar sewajarnya didekati secara halusi bukannya secara dikasari
ReplyDeletekalau bukan kita siapa lagi.. mereka anak2 bangsa kita..terima kasih puan noor adilah kerana memahami.. semoga keluarga puan sentiasa dirahmati..
DeleteTul tu k.aya..mar pas ada anak ni baru fikir lebih sikit dr zamn bujang dulu...dulu xkisah ckp ngn anak org lain je..skg..tgk anak makin besar..mcm takut...tkut dgn cabaran luar mereka nnti..moga anak2 kita dijauhkan laa..
ReplyDelete