AYAM MASAK MERAH
Ayam masak merah favorite anak-anak... Kalau masak nasi minyak atau nasi tomato memang ayam masak merah menjadi pilihan diorang. Resepi ayam merah mamaya simple ajer.. kadang-kadang bila rasa malas atau memang saje-saje nak menguji anak dara mamaya si Iqa tu..hehe mamaya minta dia masakkan..tapi under supervision lah.. Kakak nani xberapa gemar masak lauk... dia kata kalau buat kek semangatlah sikit..
Bahan-bahan :
1 ekor ayam potong 12@16 -
(perap garam kunyit dan digoreng separuh masak)
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
8 sudu pes cili
1 kuntum bunga lawang dan sedikit kulit kayu manis
2 biji tomato cincang
3 sudu sos cili
2 sudu gula melaka
garam secukup rasa
mamaya tambah 1 sudu kicap manis
1 labu bawang besar yang dipotong bulat.
Minyak masak
Cara-cara:
Tumiskan rempah kasar, bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga naik bau dan keemasan.masukkan cili pes...kacau-kacau hingga pecah minyak.Masukkan semua jenis sos, garam, gula melaka, kicap dan tambah perisa jika suka.Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih dan kuah makin pekat.Masukkan ayam yang telah digoreng dan bawang besar yang telah dipotong bulat tu.. biarkan seketika hingga isi dalam ayam betul-betul masak.
tarraaaa.... ayam masak merah dah siap..
No comments:
Post a Comment