UMUR 26, ISTERI 2, ANAK 3... indahnya hidup ini andai kita tahu hargainya..
Assalamualaikum..
Selamat Tengahari...Sekarang waktu rehat tengahari..agak-agak nak makan apa yer? mamaya tak keluar makan tengahari..cukup sekadar sedikit kudapan dan air mineral untuk mengalas perut. Hari ini, penat sikit.. baru dapat betulkan urat betis..lenguh weiiii...seiringan dengan usia yang semakin berkilauan.
Pagi-pagi dah ada kes.. baru nak duduk sikit ada orang panggil cakap klien nak jumpa. Actually, mamat ni bukan kes mamaya. Tapi failnya diserahkan kepada mamaya untuk di'follow up'. Muka boleh tahan hensem, sweet.. tapi tulah..nak buat macam mana dah nasib dia kan.. masa duk sembang-sembang serius dengan mamat ni tiba-tiba terkeluar pengakuan dari mulutnya yang dia ni 'double barrel'.. Terus mamaya angkat muka yang sebelum ni duk meneliti dokumen-dokumen dalam fail dia tu. Biar betikkk... baru 26 tahun.. dah ada dua isteri..anak 3.. hebat kamu.. tiba-tiba terpacul dari mulut mamaya. Dia tersengih-sengih.. dah rezeki katanya. ermmm...betullah tu..dah rezeki kamu.. tiba mamaya teringat.. semalam baru duk sembang-sembang dengan seorang pegawai JPJ yang sama-sama bertugas, dah umur lewat 30an tapi masih bujang trang tang tang. Bukan tak ada rupa.. ermm.. mungkin belum rezeki dia. hihi.. teringat pesanan pegawai JPJ yang segak tu.. puan kalau jumpa yang okay2 roger saya yer..tak perlu cantik sangat.. asal baik jer.. hihihi..okay jawab mamaya.. InshaaAllah... akan diusulkan jika ada yang bersesuaian..sambil kepala ligat memikir dan membayang-bayangkan rupa anak-anak dara yang mamaya kenal..hihi.. serius..
Kamu kerja? Kerjalah puan..kalau tak kerja nak makan apa..jawabnya sambil menerangkan secara terperinci tentang kerjanya. Isteri kerja? isteri-isteri? ulang mamaya. Tak.. dua-dua tak kerja..surirumah..jaga anak-anak. Sengih lagi.. memang sengih jer...kerjanya.. tapi mamaya dapat rasa..sengihnya tu ikhlas dan jujur... pandai-pandai jekan mamaya ni. tapi bukan nak cakap..biasa instinct mamaya tepat... lagi mamaya boleh baca gerak bibir orang.. (haha kalau dapat statement ni kat kawan mamaya yang sorang tu..mesti gelak sakan dia...haha) berbalik pada klien tadi, kesian jua kan.. Gaji boleh tahan banyak tapi banyak jua berhabis untuk aktiviti yang tidak sihat ini.. (dalam hati.. kenapalah dipilih jalan begini duhai adik hensem yang kacak bergaya? Kamu ada rupa..kerja pun okay..punya dua isteri dan anak-anak.. tapi kenapalah jalan ini yang kamu pilih?)
Macam mana boleh terlibat ni? Asalnya suka-suka dengan kawan. Kalau saya tahulah pengakhirannya begini saya tak nak terlibat. (dalam hati..kamu bukan budak2 laa..jawapan klise..). Saya menyesal puan..betul-betul menyesal.. kenapalah saya ni bodoh.. dah jadi macam ni tak tahulah masa depan saya. Ermm.. mamaya pun 'membebel'..nak buat macam mana dah benda nak jadikan.. semua tu pun ujian dari Dia. Kamu kena terima. Kamu masih ada masa untuk perbaiki diri kamu demi masa depan keluarga kamu. Mulai hari ini, fikirlah tentang masa depan anak-anak kamu.. saya percaya tidak ada bapa yang tidak sayang anak-anaknya...kann... kalau kamu betul-betul nekad dan tinggalkan tabiat ini..InshaAllah kamu akan jadi suami dan bapa yang baik untuk isteri-isteri serta anak-anak kamu....bla..bla..bla...
Tiada istilah terlambat dalam hidup kita ni sebenarnya.. melentur buluh biar dari rebungnya adalah tidak relevan.. Buluh-buluh yang dah keras itu masih ada kegunaannya.. kalau musim banjir boleh diikat-ikat jadi rakit.. kalau ada bakat seni kraf..boleh dibuat bermacam-macam.. boleh dibuat hiasan kraftangan.. lagi cantik kannn...Semuanya bergantung kepada diri kamu sendiri. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama..so, mulakan langkah itu dengan lafaz Bismillah dan niat dari hati yang suci bersih untuk berubah.. Wasslam.
No comments:
Post a Comment