SOTONG CELUP TEPUNG
Bahan2
3 ekor sotong jarum saiz besar
1 cawan tepung gandum
3 sudu tepung beras
2 sudu tepung jagung
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
1/2 sudu kecil soda bikabornat
Air secukupnya
Cara2:
Sotong dipotong bulat dibersih dan ditosBancuh semua tepung dengan air secukupnya.
(jangan terlalu cair nanti tepung tak melekat pada sotong)
Panaskan minyak.
Celupkan sotong dalam bancuhan tepung
Goreng.
(Awas!! sotong yang digoreng boleh meletup..tup..tup)
SOS
3 sudu Cili giling2 ulas bawang merah2 ulas bawang putihAirCuka/Air asam jawaGaram secukupnyaGula/gula melakaUntuk memekatkan boleh tambah 2 sudu sos ciliMasak atas dapur dengan api perlahan hingga kepekatan yang dimahu.
No comments:
Post a Comment