Monday, 5 May 2014

LAKSAM KUAH LEMAK

Laksam ini favourite anak2 dan papa anak2 mamaya..hihi papazam la tu.. so, amat berbaloi kalau buat sendiri.. puas.. boleh ulang2 makan. Lagipun kalau beli kadang2 xkena dengan selera. Bukan susah pun. Tinggal lagi rajin dengan malas jer.. <3

 


500grm tpg beras
4 sudu besar tepung gandum 
2 sudu besar tepung ubi 
Air secukupnya- mamaya guna air masak atau air mineral untuk bancuhan  Bancuh semua bahan - kacau agar xberketul
Tapis adunan
Panaskan steamer
 Leserkan minyak masak pada tudung periuk
Masukan tudung periuk dalam steamer
Masukan bancuhan tepung dalam tudung periuk
Kukus 2-3 minit sehingga nampak tepung menggelembung
Keluarkan dari kukusan dan gulung laksam.


1 kg ikan selayang -direbus dan diblend
1/2kg santan 

4 bj bawang merah besar* 

4 bawang putih*

 2 inci halia* 

4 hiris nipis lengkuas* 

1 sudu lada hitam - tumbuk halus (atau boleh juga guna lada putih) 

3 kpg asam keping 

garam
 

gula
 

bhn bertanda * dikisar lumat


cara:
Masukkan bahan kisar didalam periuk bersama santan dan sentiasa kacau, masukkan asam keping dan sudah sekali mendidih barulah masukkan ikan yang telah diblend.  Masukkan garam dan sedikit gula.  Sentiasa kacau agar tidak berketul.  Bila masak boleh matikan api dan terus kacau utk seketika.




Ulam2 : daun kesom, pucuk serai kayu (salam), bunga kantan, timun batang, kacang panjang .... Taugeh wajib 



Cili kering + Cili api giling bersama sedikit garam dan belacan ....


No comments:

Post a Comment