Wednesday 30 April 2014

KIM CHI

dulu kalau dengar kim chi ter rasa kembang tekak...sebabnya tak tahu benda tu halal ke tidak.. tapi bila tengok proses membuat kimchi di youtube barulah merasa  yakin tentang status halalnya.  Cara membuatnya senang jer.. sedap pulak tu.. Actually, bahan2 yang nak dimasukkan terpulang pada kita sendiri.. Jom tengok macam mana membuatnya..







Kobis Napa ni selalu saya panggil kobis cina..dipotong dibersih dan ditoskan. Digaul dengan garam dan dibiarkan selama 2-3 jam.  Sesekali digaul agar garam sekata.  Selepas beberapa jam..cuci dan bilas kobis ini dan ditos serta diperah airnya.





Daun Kucai atau boleh juga guna daun bawang..tapi mamaya ada stok kuchai jadi tak bolehlah membazir.. Kuchai dipotong anggaran seinci atau seinci setengah.  Lobak Putih dan Lobak Merah disagat. Sebenarnya nak letak apa pun boleh..selalu mamaya tengok kat youtube korean letak buah macam epal hijau dan buah pear yang dikupas dan dipotong dadu.





Inilah bahan2nya...Nampak tak pes tepung beras tu? Pes di buat dari tepung beras yang dibancuh dengan air dan dijerang atas dapur..masukkan juga sedikit gula..kacau2 hingga pekat.

Bawang putih dan halia diblend dengan sos ikan.

Cili pes atau juga serbuk cili.







bahan2 disatukan didalam mangkuk dan digaul rata.. 






dah siap gaul...




Masukkan ke dalam botol padat2..supaya tiada ruang udara. dan ditutup ketat.  Lepas siap boleh dibiarkan semalaman pada suhu bilik dan lepas tu simpan dalam peti sejuk...ataupun boleh jua terus masuk peti sejuk.  Biarkan sekurang2nya 3 hari..tapi lagi lama lagi best sebenarnya.. sedap dimakan bersama bubur atau boleh jua dimasukkan dalam masakan.  Kadang-kadang mamaya makan dengan nasi panas begitu je..buat macam acarlah tu.. Anak2 pula suka meratah je...

 

SELAMAT MENCUBA!!

 



DAGING SALAI MASAK LEMAK DENGAN BELIMBING

mamaya suka makan? ada betul sikit2..hihi..tapi sebenarnya kalau kita dah kedapur ..masak..kita jarang nak makan beria2..  mamaya memang suka mencuba masakan2 apa ajelah.. mamaya suka masak apa yang mamaya makan.. cuba balik buat sendiri...  Ada orang memilih kan dan kalau x diajar dari kecik memang dorang xboleh nak telan..kata sorang kawan tu...Tapi alhamdulillah..mamaya boleh je cuba makanan2 dari tempat lain.. apa aje pasal makan.. no rejection..yang pedas..yang kelat..yang pahit..pahit2 peria jelah..manis dsbnya...hihi.
So, hari ni mamaya nak kongsi resepi yg asalnye dari N9..tapi kalau mamaya durhaka sikit2 tu harap maafkan mamaya ye org negori..ampunnn...anggaplah ini resepi negori sembilan yang dah dkt sempadan negori sepuluh.. adake? hihi gurau ajer..peace!!


Bahan2 : 
Daging segar di bersih dan dilumur sedikit garam kunyit dan disalai.
Buah Belimbing Buluh  dibelah dua
Cili Api
Kunyit Hidup
Serai diketuk
Santan Pekat dan sedikit santan cair
Garam n sedikit gula
Cara2: 
Potong daging salai nipis2. Tumbuk cili api dan kunyit hidup.  Jerangkan daging, santan cair dan bahan yang ditumbuk bersama serai yang diketuk.,  Masak hingga daging lembut.  Masukkan belimbing, garam dan sedikit gula..  Masukkan santai pekat dan masak lagi hgga betul2 masak dagingnya.
  




HARI YANG MEMENATKAN...apakan daya..

Hari ini penat sangat.. pagi kerja..malam kena bertugas lagi.. apa boleh buat.. Saya Yang Menurut Perintah.. Sampai rumah dah jam 11.15pm..perut berbunyilah pulak.. pergi dapur tgok masih ada lauk yg dimasak sblm gi bertugas tadi utk anak2 makan malam Ikan Tenggiri Tumis Asam Dengan Kimchi. Kebetulan ada stok homemade Kimchi dalam fridge...resepinya simple aje..



Bahan2: 

2 keping Ikan Tenggiri, 2 sudu Pes Cili, 2 Ulas Bawang Putih, 3 ulas Bawang Merah, 2 Asam Keping, 1 Senduk kimchi, Garam secukup rasa

Cara2:

Tumis bawang putih n cili pes masukkan air, asam keping biarkan mendidih, masukkan Ikan Tambah garam..jgn terlebih masin pulak  sebab kimchi dah ada rasa masin, manis, masam Masukkan kimchi.. biar seketika. Padam api.. sedia utk dimakan. 


Senang kannn??



Tuesday 29 April 2014

GULAI KERUTUP ITIK SERATI

Gulai Itik Serati ini sedap dimkn dengan nasi putih atau pulut kuning.
Gulai ini sangat popular di Kelantan dan kadang2 dipanggil rendang versi Kelantan.
Tapi..Awas!! kurangkan minyak masak ketika menumis yer...
sebab itik akan mengeluarkan minyak yang byk bila dimasak.
atau boleh keluarkan minyak bila nak hidang yer.. hihi..


Bahan2:
Seekor Itik Serati di potong 20
300 grm santan
5 sudu besar rempah kerutup
2 sudu pes cili kering
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1 inci lengkuas*
Rempah 3 Sekawan
2 batang halia di ketuk
2 sudu kerisik
2 keping asam keping
Anggaran 2 sudu gula melaka
Garam secukup rasa
Bahan * dikisar
Cara2:
Panaskan minyak
Masukkan rempah 3 sekawan
Masukkan bahan yang telah dikisar dan pes cili
Tumis sampai kekuningan
Masukkan rempah Kerutup sampai pecah minyak
Masukkan itik serati
Tambah garam dan asam keping
Tambah air
Masukkan santan pekat
masukkan serai dan gula melaka
Masak hingga daging itik empuk
Tambah Krisik
masak hingga kuah pekat



~SELAMAT MENCUBA~


Monday 28 April 2014

Mulakan Harimu..

Assalamualaikum..hai..This is not my 1st blog.. .ini blog mamaya yang kedua sebenarnya. I used to have one before..mamaya pernah ada blog tapi telah ditinggalkan sepi..gantung tak bertali.. nak berbalik pun ibarat kata kunci rumah pun dah hilang.. so nak masuk pun dah tak boleh...
Truth is that I just don't find the time to do it.. even though I have about a million blog posts in my head that I would love to get on here!  I will try to be better...hehe... tiba-tiba rasa bosan, rasa rindu nak berblog jua. Bukan untuk apa-apa pun sekadar mengabadikan cerita, rutin, hobi masak mamaya kat sini..  So, hari ni mamaya gagahkan diri create blog baru. macam susah je kan..memang susah bagi akak2 yang bekerja macam mamaya ni..It is so hard!! .. opps.. xperlulah citer panjang pasal kerja hakiki mamaya tu.. xmenarik, xkan tertarik jauh sekali nak debomm.. Actually mamaya tak tahu apa nak letak title apa. blog mamaya ni...ahhh.. letak ajelah...kalau dah jumpa yang sesuai nanti boleh ubahkan...hihi...nak post pasai apa yer??   Dah tergagap-gagap plak. Nak klik mana pun dah xtau. Maklumlah dah lama tinggal..Xpelah.. man-man la kannn...harap2 kawan2 yang dah teradvance bolehlah tunjuk dan ajar anak murid tua ni..berakit2 ke hulu berenang2 ketepian.. hihi..relevan x peribahasa tu.. apalah..buat malu jer mamaya ni.. peace!