Friday 16 May 2014

NASI BERIANI ARAB... mamaya style

Semalam mamaya masak Nasi Tomato untuk anak-anak.  Jadinya ada lagi beras basmathi lebih semalam. Beras tu taklah mamaya kisah sangat..tapi sebenarnya mamaya sayangkan susu cair dan tomato puree lebih buat nasi tomato semalam.  Bahan-bahan tu bukan boleh nak simpan lama lagi kalau dah dibuka.  Selalu asyik buang jer.. tak baik membazirkan.. hee..dah tua-tua ni insaf banyaklah...hehehe...So, memandangkan hari ni cuti hujung minggu, mamaya nak masak Nasi Beriani lah.  Rempah Arab Beriani yang mamaya beli di pasaraya dari bulan lepas lagi..tapi kerana bulan ni sibuk sikit asyik kerja extra hour je tak sempat nak membuatnya.  Jom layan mata dulu ambil mood dengan pic Nasi Beriani mamaya tengahari tadi.  Hari ni mamaya siap buat Kari Ikan Cermin, ayam goreng berempah dan acar buah serta salatah dan salsa tomato. kebetulan ada appalam...anak tolong gorengkan. Ni dah jadi Arabian campur Indian pulak.. hehe..ikut selera la kann...




Beras ni tak cukup panjang..ada lagi yang extra panjang.. Tapi mamaya tak suka sangat yang extra panjang tu..macam halus pulak tu.. tak puas makan...masak beriani ayam.





Mamaya nikan kadang-kadang tu pelupalah.  mamaya ada beli saffron tapi kadang-kadang lepas balik pasar mamaya minta tolong orang lain simpan jadi tak tau pulak si tukang simpan tu letak kat mana.  Tanya pun masing-masing dah lupa.  Jadi mamaya guna pewarna kuning jelah untuk membangkit warnanya. 



Hehe.. dah siap served dengan Kari Kepala Ikan Cermin tu.. ada appalam lagi... errmmmm yummmy.. 


Jomlah tengok resepi Nasi Beriani Rempah Arab.. boleh tahan jugak rempah ni.  Mamaya beli kat pasaraya Sabasun, Kuala Terengganu.. rempah ni buatan local paket plastik biasa je diselit kertas yang diprint sendiri sahaja. 


Nasi Beriani


Bahan-bahan:

6 cawan Beras Basmathi
(dicuci dan direndam 1/2 jam)
6 ketul ayam
1 labu Bawang Besar holland - dimayang
3 ulas Bawang Putih - dimayang
2 inci Halia -dimayang
3-4 sudu rempah beriani
3 sudu Tomato puree
1  cawan Susu Cair
8 biji buah badam - ditumbuk
5 biji gajus - ditumbuk
1 tangkai daun ketumbar dengan akarnya
1-2 sudu minyak sapi
 3 sudu minyak masak
Garam sekukup rasa
Daun pandan - disimpul


Cara-cara:


Panaskan minyak masak dan minyak sapi.
Masukkan daun pandan serta bunga lawang dan buah pelaga.
Masukkan bahan yang dimayang hingga kekuningan.
Masukkan rempah beriani serta air.  Biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan tambah sedikit air dan garam.
Masukkan tomato puree serta susu cair.
Masukkan badam dan biji gajus.
Biarkan kuah beriani pekat serta ayam dah masak dan cukup rasanya.
Keluarkan ayam dan ketepikan seketika.
Di dalam kuah beriani tadi masukkan beras basmati yang telah dicuci dan ditos.  Tambahkan air sama sukatan dengan beras. masukkan daun ketumbar bersama-sama akarnya.
Biarkan hingga hampir kering dan masukkan ayam tadi. Biarkan nasi betul2 kering.
Ada yang suka letak kekacang seperti biji gajus dan tetapi mamaya tak letak sebab anak-anak tak suka.. nanti membazir.  Cukuplah sekadar letak yang ditumbuk.

Bolehlah dihidang bersama kawan-kawannya...Dalca ke..tapi harini mamaya serve dengan kari ikan.





tambah salatah dan juga tomato salsa..






Kari Kepala Ikan Cermin.. nak resepi boleh singgah SINI




kawan dia lagi...Acar Buah.. resepi nanti cari DI SINI  yer 




dan lagi Salatah lebih kurang acar timun mak-mak kita jer.. tapi kalau nak juga resepinya sila lihat DI SINI yer




lagi dan lagi kawannya Tomato Salsa caranya DI SINI


dan satu lagi mamaya tak snap picnya...jangan kecik hati yer ayam goreng berempah beriani.  Mamaya perap seperti biasa tetapi mamaya tambah sedikit lebihan rempah beriani.  Permintaan anak-anak dah terbiasa makan nasi beriani dengan ayam goreng.



haaaa...nampak tak permainannya? hahaha.  Ini nasi Adam Rifqi.. mesti ada ayam goreng berempah.  



Sekian untuk kali ini... sehingga ketemu lagi..tatatititutu.. :)



No comments:

Post a Comment