Sunday 11 May 2014

KERABU BUAH GAJUS

Selamat hari Ibu buat semua yang bergelar Ibu.  Hari ini mamaya ambil cuti rehat saje-saje untuk melayan anak-anak.  Sekali sekala apa salahnya ambil cuti untuk menunggu mereka pulang dari sekolah dan melihat rutin mereka dihari-hari persekolahan kann...lagipun selalunya mereka uruskan diri sendiri sehingga ibu mereka pulang dari kerja.  Kalau dapat sampai rumah sebelum jam 7petang..Alhamdulillah..kalau dah malam baru sampai kesian jugak kan.. sampai-sampai rumah badan dah penat. So...macam tak ada masa nak melayan anak-anak kan.. Bila cuti jualah dapat kita perbetulkan kalau ada habit pelik mereka yang dah terbiasa mereka lakukan masa ibu tiada di rumah.  Haaaahh.tengok ni..dah nak asar ada lagi yang masih tak mandi-mandi.  Solat zohor dan asar di'jamak' pulak.  Budak-budak..nak kena orang dewasa mengingatkan selalu. Mereka bukan boleh dibiarkan sahaja.  Tidak dinafikan ada jua yang tak perlu pemerhatian dan boleh berdikari dan pandai membahagikan masa dengan bijak.  

Okay..disebabkan cuti jadi hari ni mamaya pergi pasar.. mamaya nampak banyak sangat buah gajus..ohhh..musimnya ekk..mamaya beli setengah kilo buah gajus.  Tiba-tiba teringat ibu kat kampung.  Ma suka buah gajus ni.  Macam-macam dibuatnya dengan buah gajus ni.  Dicelur buat ulam cicah dengan budu, dibuat sayur lemak dan macam-macam..tapi yang paling dia suka buat kerabu.  So, hari ni mamaya pun buatlah kerabu gajus ikut resepi yang selalu ma buat selama ni..


 


Resepi : Kerabu Buah Gajus 



Bahan-bahan:


1/2 kilo buah gajus
100g santan
1 ekor ikan selayang/kembung - dipanggang tawar
3 ulas bawang
3/4 sudu besar lada hitam
1/2 inci halia
Cili merah
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu kerisik

2 tangkai daum kesum dihiris halus
garam dan gula secukupnya



Cara-cara:


Gajus dibersih dibelah dua dan dipotong dalam 1/2 cm tebal.  Perah buang air gajus tersebut.  Tumbuk lada hitam, halia dan bawang merah.  Bila dah lumat, masukkkan isi ikan panggang dan tumbuk lagi.
Didalam bekas besar, masukkan gajus yang sudah diperah airnya, bahan yang telah ditumbuk tadi, hirisan cili merah, hirisan bawang besar jika suka, jus limau nipis, hirisan daun kesum, kerisik garam serta secubit gula dan santan yang telah dipanaskan seketika bagi memastikan ianya tidak mudah basi. kacau sebati.. perasakan masin, manis dan masam ikut selera.












2 comments:

  1. Sedak kakloh nii.. Perak ni sush nk bleh buah gajus.. Sedapnye k.aya...
    Gud sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mar..memang sedap..sayur lemak dgn sotong pun sedap kann..

      Delete