Tuesday 3 June 2014

DAGING GORENG JINTAN

Anak-anak kalau dapat makan nasi dengan daging goreng tak payah lauk pauk lain dah.  Tak payah kuah-kuah dah...cukup dengan minyak goreng daging tu.  sebab itulah selalu mamaya goreng daging guna minyak jagung atau minyak zaitun.  Hari ni mamaya goreng daging dengan jintan.  Maaflah mamaya kalau masak memang tak de law..memang main hentam kromo jer..asal terlintas je campak.. jom tengok daging goreng jintan mamaya.. 



mamaya goreng daging ni ikut kaedah orang kelantan.. orang kelantan kalau goreng daging kunyit mesti potong2 dan rebus dulu dengan garam kunyit dan bila dah kering air rebusan barulah letak minyak..terpulang nak garing atau tak dan masuk bawang, cili dan halia.



kadang-kadang orang kelantan letak kicap.. tapi ada yang tak letak..hanya sekadar garam kunyit jer.. tapi paling best kunyit tu kunyit hiduplah..



kalau musim raya korban..menu daging goreng memang menjadi kemestian.  Raya korban kat kelantan memang meriah, bergerak sikit nampak lembu tumbang..bergerak sikit lagi nampak lagi lembu tumbang. Yang buatkan lagi meriah berbanding tempat lain tu sebab orang Kelantan tak sembelih di masjid-masjid macam sesetengah tempat tu..dorang lakukan ibadah korban di rumah.. ada dua tiga ekor lembu, so orang yang masuk korban tu berkumpul kat situlah.. dan sama2 gotong royong melapah hinggalah bahagi2.  sambil-sambil tu, tuan rumah akan sediakan makan-makan biasanya nasi dengan lauk daging tulah..diambil untuk menjamu orang yang menolong tu.. biasanya simple je lauknya singgang daging, daging goreng, sayur goreng dan sambal belacan dan ulam-ulam.  dh siap..masing-masing bawa balik ke rumah bahagian masing2 dan agih-agihlah ke rumah-rumah jiran tetangga yang memerlukan.  



Harini mamaya sempat goreng daging dengan jintan...pi hantar kat anak yang ikut kem jamboree tu...  Sangat sedap makan dengan nasi panas mahu pun dingin.. hehe jom tengok resepi daging goreng jintan mamaya ni.. walaupun mamaya tahu ramai yang dah tahu goreng daging hehe..


Bahan-bahan:

1/2 kilo daging segar - potong nipis

2 inci kunyit hidup*

2 inci halia*

2 ulas bawang putih*

2 sudu kecil serbuk jintan manis

1 sudu kecil serbuk jintan putih

1 sudu kecil serbuk lada sulah

2 sudu kecil garam (kalau tak cukup masin boleh tambah masa proses merebus)

sedikit perisa (jika suka)

1/2 cawan minyak untuk menggoreng
(mamaya pakai minyak jagung)


bahan* kisar




Hiasan :

bawang besar holland potong bulat
(banyak2 lg best)

cili merah ataupun hijau potong nipis
(mamaya suka cili solok)

hirisan halia




Cara-cara:


Daging dibersih dan dimasukkan ke dalam kuali atau periuk bersama-sama semua bahan kisar tadi...rempah jintan dan juga garam serta perisa.  Masukkan air sekadar untuk daging lembut dan bahan-bahan sebati menyerap ke dalam daging.  Mamaya suka rebus 2 kali surut air.  Rebus daging hingga air kering.  Sebab tu garam jangan terlalu masin masa rebus takut nanti bila kering jadi terlebih masin.

bila daging dah kering air rebusannya.  Didalam kuali lain, panaskan minyak.  Masukkan daging yang siap rebus dengan rempah tersebut.  Selalu balik-balikkan daging sebab masa ni..daging cepat hangus.  Goreng ikut kesesuaian selera nak garing atau biasa-biasa.  Letakkan bahan hiasan tadi iaitu bawang besar, cili dan hirisan halia.  Biarkan bahan hiasan sedikit layu dan wangi.  Kali ni mamaya letak batang celeri yang dipotong sebab nanti tak payahlah mamaya nak goreng sayur dah..dalam tu dah ada sayur.. kannn.. hehe



Senang je kannn.... 



GULAI LEMAK KRISIK UDANG

Assalam...dah hampir dua minggu tak berbloging ni... bz sangat-sangat. Masak macam-macam seperti biasa tapi nak post xsempat..jangan kata nak post..nak jenguk pun tak berkesempatan..Beginilah hidup seorang wanita bekerja.... hari ni bukan kata tak bz..bz jugak..tapi dalam mata rasa tak boleh nak celik ni (malam tadi balik jam 1 pagi.. tak boleh nak tidur hingga jam 3 pagi).. layan jugaklah. Errmmm pg tadi anak yang pergi jamboree pengakap antarabangsa tu call..cakap makan kat sana tak sedap.. ma..saya rindu masakan mama.. boleh tak masakkan saya telur mata dengan kicap... adeeeiii...punyalah menunggu apa yang dia teringin nak makan sangat tu..telur mata je yang dia minta...hahaha... kakak..kakak... so, sebab kesian tadi mamaya masak udang tak tahu nama apa resepi tu..mamaya letak je..namanya gulai lemak kerisik udang.. sebab mamaya ada letak kerisik dalamnya. lepas siap masak..mamaya pun pergilah menghantar lauk udang ni dengan daging goreng..bolehlah nak makan 4-5 orang...hehe..nasib baik kem tu dekat je.. xsampai 10 minit pun boleh sampai.. hehe... Jom layan mata...












Haa...layan mata dah..kot-kot ada yang nak cuba...resepi mamaya ni ringkas jer... 


Bahan-bahan:

10 ekor udang saiz sedang
1/2 cawan 
 santan pekat
1 cawan air

1/2 labu bawang holland*

6 biji cili api*

2 ulas bawang merah*

1 inci halia*

1 inci kunyit*
1 biji buah keras*
1 batang serai diketuk

1 sudu besar kerisik ke
lapa
1 keping asam gelugur

garam dan gula secukup rasa


bahan* dikisar


Cara-cara:

Masukkan bahan kisar didalam periuk.  Masukkan sekeping asam gelugur santan dan 1 cawan air. Biarkan didih dan kuah menjadi pekat.  Masukkan udang, garam dan gula secukup rasa.  Bila sudah hampir masak masukkan kerisik. 



SELAMAT MENCUBA... BYE..


Monday 19 May 2014

LIDAH LEMBU MASAK MERAH ....ala Thai

Hari ni menu yang disediakan cukup istimewa...tarrraaa.... LIDAH LEMBU MASAK MERAH ALA THAI.  Hihi..jangan marah tau... mungkin ada yang kata isskh...lidah lembu boleh dikatanya istimewa.  hihi.. mamaya kata istimewa sebab ianya khas untuk orang yang teristimewa.. dia memang suka mencuba. kalau dekat kelantan banyak menu lidah lembu ni.  Ada yang dibuat sup campur dengan perut.. lepas tu makan dengan nasi putih ataupun tambah mee, bihun atau kway teow.  Sedap!!  Bila order je kena bagitahu..bihun sup perut..tambah lidah ye kak.. hihi.. dan ada juga yang buat colek..atau dengan air asam.. macam-macam masakanlah..dan mamaya rasa kalau kerabu pun sedap juga ni.. nanti lain kali kita cuba.








Sebenarnya suami dah beli lidah lembu ni dari minggu lepas.  dia dah siap celur dan buang kulit luarnya kemudian rebus lagi dengan sedikit garam sampai empuk.. Dia dah ambil pun sikit masuk dalam megi goreng. lepas tu tinggal je balance tu.  Masa dia nak pergi tu..mamaya dah tanya..lor kenapa tak habiskan lidah tu? issskh..banyak tu katanya.. takpelah ayang masak jelah bagi anak-anak.  ermmm tp sebab dah masak lauk lain so mamaya pun simpan la lidah tu dalam freezer..lagipun anak-anak ada yang tak makan benda alah ni..sooo...hinggalah dia balik rumah kelmarin.. mamaya pun keluarkan balik.. tak tanya pun dia nk makan style mana.. terus mamaya rebus sekejap lidah tu dengan pewarna merah.






Lepas rebus dengan pewarna tu, mamaya tos airnya dan potong-potong nipis.  mamaya pun sediakan lah bahan-bahan untuk masak merah tu. mamaya minta dia tolong ambilkan daun limau purut di halaman..   Joommm tengok resepi penuh lidah lembu masak merah  mamaya ni.



Bahan-bahan:


1 mangkuk sedang lidah lembu
2 ulas bawang putih - dicincang
2 inci halia - dicincang
1 sudu sos nampla
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato

2-3 helai daun limau purut

1 batang serai diketuk

1/2 bawang besar holland potong

garam, gula dan perisa ikut keperluan



Cara-cara:

Panaskan minyak.  Tumis bawang putih dan halia.  Masukkan semua bahan-bahan sos.  Masukkan serai, garam, gula dan perisa ikut kesesuaian rasa.  Tambahkan sedikit air bagi elakkan hangus.  Dekat2 kuah hampir kering..masukkan lidah lembu tadi, daun limau purut serta bawang besar.





Sekian...SELAMAT MENCUBA BAGI YANG TERUJA... hihi
 

DAGING LADA HITAM

Semalam punya cerita.. disebabkan mamaya raasa kurang sihat dan sengal-sengal badan mamaya call pejabat maklum kat bos mamaya nak ambil cuti... Tak larat sangat rasanya.  Anak-anak ke sekolah macam biasa tetapi diorang pesan cakap balik awal dari biasa sebab ada sambutan Hari Guru... Sebenarnya subuh-subuh hari tu lagi mamaya dah telan PCM. Tidur sekejap, dalam jam 9.45 pagi mamaya bangun dan rasa release sikit.   Lihat-lihat apa yang ada dalam peti... ada daging dan sotong.  Adam dah beberapa kali pesan nak makan daging masak merah.. buat pedas-pedas bu.. tapi mamaya rasa nak masak daging blackpepper lah.  Lama tak masak resepi dari papa ni...     

 


haa.. nilah hasilnya.. sedap makan dengan nasi panas-panas.. tambah pulak rasa panas-panas lada hitam tu..




Serabutnya hiasan kat atas tu kann.. hihi.. maklumlah..kepala pun tengah pening-pening lagi kan..berjaya masak pun dah kira okaylah tu..




Papazam kata.. ayang letak tepung jagung telebih ni...  Terlebih likat sudaaa... hihi.. baiklah.. sebenarnya tujuan letak tepung tu bagi daging tu licin je kat dalam mulut.. rasa smooth je bila makan..bkn untuk likatkan kuahnya...hihi   



Ada tak yang terliur sudaa?? hihi kalau terliur bolehlah cuba resepi ni.  Macam kat hotel you...hihi.. 



Bahan A:


400 grm daging(dibersih dan ditos..lps itu gaulkan dengan secubit garam, 2 sudu besar minyak bijan dan 1 1/2 sudu tepung jagung)

Panaskan minyak masak dan masukkan daging yang sudah diperap. Masak untuk seketika dan ketepikan.

Bahan B:


4 ulas bawang putih - dicincang

2 inci halia - dicincang

2 sudu besar lada hitam - ditumbuk jgn terlalu halus

3 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

1 sudu kecil lea n perrins

1 sudu kecil seasoning

1 sudu besar kicap cair

2 sudu besar kicap pekat/hitam

1 labu bawang besar holland - potong ikut suka

garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk menumis



Cara-Cara:
Panaskan minyak masak.  Tumiskan bawang putih, halia dan juga lada hitam. masukkan sos cili, sos tomato, lea perrins, seasoning dan kicap cair. Masukkan sedikit air dan kacau-kacau sos tersebut.  Masukkan daging yang sudah digoreng tadi dan gaul rata.  perasakan garam dan gula.  Masukkan kicap pekat serta bawang besar holland.  Juga boleh masuk lada benggala. Tapi mamaya tak masuk sebab tak ada stok...cuma mamaya masuk batang kailan.

Sekian..itulah resepi daging lada hitam yang telah diperturunkan oleh papazam.. Selamat Mencuba!!      




Saturday 17 May 2014

SPAGETTI BOLOGNAISE

Hari ni adam minta nak makan Spagetti...katanya lama dah adik tak makan spagetti..adik rasa dah tak berselera nak makan nasi..hehe..itulah ayat belas dia..  Adik rasa bosanlah makan nasi.. Adik rasa tulah.. adik rasa nilah.. hehe..walaupun kadang-kadang tu selang 2 hari makan spagetti.. tp dah faham diakann.. layan ajelah..  


kat rumah ni memang sentiasa ada stok spagetti sebab memang kerap sangat dia order... tak tahulah.. sampaikan kalau singgah di satu resort tempat papazam selalu meeting ngan bos dia tu..memang waiter/ess situ pun tahu dah dia nak makan apa.. bila dihulur menu..dialah sibuk nak belek-belek tapi last spagetti jugak yang diordernya. Lawakkan dia.. kadang-kadang geram jer.. setiap kali orang bagi menu kami akan cakap tak payahlah susah-susah nak tengok menu.. dah tahu dah adik nak order apa.   






Nilah Spagetti Bolognaise yang telah di served untuk si Adam Rifqi yang tak berselera nak makan tu.. hehe... 

Jom tengok resepi Spagetti Bolognaise yang selalu mamaya buat untuk anak-anak kat rumah.. Resepi ni dulu-dulu diajar oleh papazam..


Bahan-bahan:

1 paket Spagetti (dicelur hgga lembut)
2 dada ayam (dicincang) atau daging cincang
10 biji tomato (dicelur sekejap, di buang kulitnya 5biji dicincang, 5 biji diblend)
1 tin sedang tomato puree
2 biji bawang holland - didadu
4 ulas bawang putih  -dicincang
1 batang celeri -didadu kecil
1 batang carrot -didadu kecil
2 helai daun bay
1 sudu teh mixed herbs
sedikit fresh western parsley (di chop)
2 cawan air
garam dan sedikit gula
3 sudu Minyak zaitun 

Cara-cara:
Panaskan minyak zaitun.  Tumiskan bawang besar holland, bawang putih, serta celeri dan carrot.  Biarkan hingga naik bau dan layu.  Masukkan isi ayam.  Bila dah nampak sparuh masak masukkan tomato puree tin dan juga tomato yang sudah diblend serta yang dicincang.  Tambahkan air. Masukkan bay leave dan mixed herbs.  Perasakan garam dan gula.  Bila dah masak. Taburkan western parsley cincang.

KARI IKAN CERMIN

Biasanya bila mamaya masak Nasi Beriani, mamaya akan masak Dalca sayuran bersama tetel.  Tapi harini mamaya rasa nak makan Kari Ikan Cermin.  So, nilah hasilnya.





Mamaya masak seekor ikan cermin saiz sederhana.  tapi ni mamaya tayang kepalanya ajer tau...hehe tengok tu mulutnya.. bibirnya yang mungil.. hehe..dah ada yang geram kat depan mamaya ni... suka sangat dia kepala ikan..dapat pulak korek mata dan pipi serta bibir ikan tu.. muahahaha..



tambah terung, tomato dan lada hijau ni...fulamakkk.. terangkat beb.  harini mamaya tak letak bendi sebab lupa nak beli.  Yang tanam pun belum berbuah lagi..huhu 





Cakap banyak pun tak guna kan..hehe jom kita tengok resepi Kari Ikan Cermin ni.. ikut suka hati mamaya jelah yer.. rasanya semua pun dah tau cara nak masak kari ni.


Bahan-bahan:

1 ekor Ikan Cermin saiz sedang (potong 3)
2 biji bawang besar merah -dimayang
3 ulas bawang putih -dimayang
1 inci halia -dimayang
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
3-4  sudu rempah kari ikan (mamaya guna babas)
1 sudu serbuk cili (nak bagi pedas sikit dan warna cantik)

sedikit air asam jawa

garam secukup rasa

2 cawan santan

(tapi mamaya pakai 1/2 tin susu cair + 1/2 kotak kecil santan kara.. sebab memang dah ada lebihan dalam peti..takut nanti dibiar rosak pula kannn... tak boleh membazir beb..berdosa..hehe)

Sayur terung bulat, buah tomato dan bendi



Cara-cara:

Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dimayang serta daun kari dan halba campur hingga warna keemasan dan naik bau.  Masukkan rempah kari dan serbuk cili.  kacau selalu hingga pecah minyak.  Masukkan air asam jawa, garam serta santan.  Kacau-kacau hingga mendidih.  Masukkan ikan... serta sayur-sayuran.  Masaklah dengan api sederhana dan selalu kacau.  Perasakan garamnya.  Kalau suka boleh tambah sedkit gula tapi mamaya tak letak..sekadar manis ikan segar jer.   Bila dah masak bolehlah angkat dan makan bersama nasi putih atau nasi beriani.




Friday 16 May 2014

TOMATO SALSA



Tomato salsa ni selalunya mamaya makan dengan Nasi Beriani atau Nasi Arab.  Macam Air lada jer.. Jom tengok macam mana mamaya buatnya..kalau ada kawan-kawan lebih tahu nak buat tomato salsa ni bolehlah bagi sedikit idea kat ruangan komen yer.. Maklumlah mamaya ni banyak belajar melalui pengalaman memakan sesuatu tu atau jua men search kt pocik google.  


Bahan-bahan:

6 biji cili merah
5 biji cili padi (saje nak tambah pedas sikit)
3 biji tomato 
(2 diblend besama cili, 1 didadu)
daun ketumbar -diracik
3 sudu besar Jus limau kasturi
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:


Cili merah, cili api dan 2 biji tomato serta jus limau kasturi diblend dengan pengisar kering.  Masukkan dalam mangkuk dan campurkan tomato yang didadu serta daun ketumbar yang diracik.  Perasakan garam dan gula.




Mudah aje kannn...