Friday 16 May 2014

NASI TOMATO

Malam kelmarin punya cerita...tengah malam belek dalam kabinet terperasan ada beras basmathi, dalam peti ada ayam..so terpikir nak buat nasi minyak untuk anak-anak esok..tengok-tengok bahan ermmm.. bila tanya anak-anak semuanya kata okay apa aje tak kisah.  Memang senang mengurus makan anak-anak ini.. Syukur Alhamdulillah..apa yang dihidang itulah yang diorang makan.  Tiba-tiba nampak pulak buah tomato banyak dalam peti.. beli kat giant haritu 90sen sekilo..hehe..geram sebab murah. Kita tukarlah buat nasi tomato.... lagipun tak banyak beza pun antara nasi tomato dengan nasi minyak kannn.. isskh..dah kul 10 mlm.. ayam dah defrost.. perap garam kunyit biasa je dan simpan dalam peti.. esok goreng sekejap je..nanti nak palut dalam kuah masak merah lagi kan.  Mamaya buat persiapan setengahnya malam sebelum tidur...supaya esok tidaklah terkejar-kejar... Nilah rutin mamaya...sediakan makan anak-anak balik sekolah kan...kadang-kadang masak untuk breakfast lagi.. tapau lagi.. Anak-anak suka tapau dan makan dengan kawan-kawan.  Yang kelakar ada pulak kawan cakap nanti nak beli boleh tak..hehe.. lucu jadi kalau mamaya sempat siap bungkus lebih bolehlah kawan-kawan diorang makan sekali..


Anak-anak sampai rumah lebih kurang jam 3 petang.. mesti laparkan... biasanya lepas diorang dah siap-siap mandi terus diorang makan.. Ceduk sendirilah nakkk...ibu dah sediakan semuanya.  Lagipun mamaya tak benar anak-anak keluar beli nasi kat luar walaupun banyak kedai makan kat area rumah mamaya.. Maklumlah sekarang nikan macam-macam hal boleh berlaku.  Van sekolah jemput pagi dan hantar balik terus depan pagar rumah.. 


Ermmm  beras dah direndam...sebelum tidur nanti mamaya kena jerang nasi tomato ni...biar je keep warm dalam rice cooker.  Jadi bila bangun pagi dalam jam 5..mamaya hanya perlu goreng ayam separuh masak dan masak dalam sos masak merah yang dah disedia tengah malam.  Bahan untuk acar pun..timun dan karot dah siap potong malam sebelum tidur...cuma tinggal nak perasakan garam cuka dan gula sahaja.. Senang kannn... ramai kawan pelik.. sempat ekkk kak masak? ermmm bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih.. hehe






 
suka hati tengok nasi tomato...beras basmathi..cantikkan...hehehe perasan 





 perasan lagi....tahu tak sebenarnya ni snap pagi-pagi..dengan sibuk tapau untuk anak-anak pergi sekolah... ibu belum siap lagi ni nak pi kerja.. aduuhhh...jangan terlewat sudah..


Jomm..tengok resepi nasi tomato mamaya..



Bahan-bahan:



5 cawan beras basmathi - direndam setengah jam
3 biji tomato di dadu
2 sudu makan tomato puree
2 sudu sos tomato
1/2 cawan susu cair
1 labu bawang besar holland- dihiris
3 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
Sekuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
1 sudu kecil garam
1 kiub ayam
2 helai daun pandan - disimpul
2 sudu minyak sapi
1 sudu mentega
2 sudu minyak masak



Cara-cara:


Panaskan minyak masak, minyak sapi dan mentega.
Masukkan daun pandan.
Masukkan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
Masukkan bawang besar, putih dan halia hingga keemasan.
Masukkan buah tomato yang telah didadu..kacau-kacau hingga layu.
Masukkan beras dan kacau perlahan-lahan.
Masukkan tomato puri, tomato sos dan susu cair.
Pindahkan dalam rice cooker.
Tambah air sama banyak dengan sukatan beras. tapi mamaya lebihkan setengah cawan.
Masukkan kiub ayam.
Jerang macam biasa.  Tunggu nasi betul-betul kering baharulah kais.


P/S Nasi tomato ni sedap makan dengan ayam merah atau ayam tomato serta acar.



Ayam Masak Merah... yummm..yummm..Resepinya  Di SINI




satu lagi kawan baik Nasi Tomato...iaitu..Acar Mentah kruppp..krupp

Timun batang banyak mana nak buat suka hati campur karot juga suka hati - dipotong memanjang.  Potong bawang merah besar dan cili merah Campur semua dengan sedikit garam, gula dan cuka.



No comments:

Post a Comment