Sunday 11 May 2014

SAMBAL IKAN BUAH KUINI

Kalau mamaya makan nasi mesti nak ada rasa pedas, masam.. kalau tak kurang berselera. Hari ni mamaya ada buat sambal buah kuini yang sedang mengkal dengan isi ikan. Mudah je resepinya..tapi yang penting sedap...lagi-lagi kalau makan dengan ulam timun sejuk2 dari peti ais atau dengan jering muda..ermmm xpayah lauk lain pun takpe. Biasa orang rebus atau kukus sahaja ikan tu..tp mamaya rebus n goreng sekejap. 





Bahan-bahan:


3 ekor ikan selayang
1 biji kuini sedang mengkal
15 biji cili api (kalau xcukup pedas boleh tambah)
garam

Cara-cara:
Ikan selayang direbus dengan garam.  kemudian digoreng seketika supaya isi ikan kering bagi mengelakkan sambal cepat rosak.  Buah kuini disagat.  Tumbuk cili api, masukkan kuini gesek-gesek sedikit dan masukkan isi ikan dan tumbuk lagi hingga sebati.  Jika masih rasa kurang masin boleh tambah sedikit garam.  Biasanya tak perlu banyak garam sebab ikan dah direbus dengan garam.  Selamat Mencuba!

P/S.  Boleh juga buat dengan isi ikan masin yang dipanggang terlebih dahulu.  Buah kuini juga boleh diganti dengan putik mangga.



No comments:

Post a Comment